Monday, June 7, 2010
Salam Mahardika
Delegasi Bayu UMS telah berjaya menakluk Parlimen Negara hari ini. Antara isu yang hangat diperdebatkan di Parlimen adalah isu keganasan Israel dan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Malaysia dalam menentang isu ini. Perdana Menteri telah mencadangkan penubuhan jawatankuasa yang adil oleh PBB untuk mengadili isu ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jordan, Filipina, Thailand serta beberapa negara yang lain yang turun padang dalam misi membebaskan wira-wira Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel. Wira-wira yang menaiki kapal Mavi Marmara itu telah selamat tiba di negara kita semalam. Semua ahli parlimen menyokong penuh cadangan bahawa penghargaan harus diberikan kepada wira-wira negara ini yang telah menggadaikan nyawa dalam misi kemanusiaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment